Tuesday, May 23, 2017

11 TEMPAT MENARIK YANG ANDA WAJIB LAWATI DI SABAH


             
             Hai dan salam sejahtera semua, kali ni saya nak share sikit pasal kawasan perlancongan di Malaysia. ye..kali ni nak ceritakan kawasan perlancongan di KUNDASANG SABAH. Pemandangan sangat menakjubkan..macam dekat New Zealand. tapi ni kat Malaysia tau..hihihihihi


Terdapat banyak tempat yang menarik anda boleh kunjungi di kawasan sekitar SABAH ni, terutamanya di kawasan KUNDASANG ni. Jom kita tengok mana lagi tempat yang menarik dan sesuai untuk anda kunjungi. Bukan apa, sekadar rujukan dan informasi agar anda tidak terlepas pada kawasan yang menarik dan agar percutian anda tidak membosankan serta membolehkan anda melihat CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT MENAJUBKAN.... SUBAHANAALLAH..sangat cantik ciptaanNYA..   Jom kita tengok apa yang menarik di kawasan KUNDASANGAN, SABAH...Ok disebabkan KUNDASANG ni merupakan ladang ternakan lembu seperti di NEW ZEALAND, haruslah kita cerita kawasan utamanya ni dulu ya.



1) DESA CATTLE DAIRY FARM


Di sini merupakan kawasan ternakan lembu yang sama seperti di New Zealand, dimana ia turut menyediakan aktiviti kepada anda sambil melihat secara berdepan bagaimana ternakan lembu dan aktiviti memberi makan kepada lembu disini. Diantara aktiviti yang menarik disediakan oleh mereka adalah seperti berikut :-
-memberi susu botol kepada anak lembu
-memberi kambing makan rumput
-lawatan sambil belajar bagaimana susu lembu segar diproses dan dibungkus
-proses cara-cara memerah susu lembu


Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk medapatkan cenderahati dari produk tenusu yang boleh diperolehi disini. Belikanlah ais krim atau air kotak untuk anda ataupun untuk anda sendiri.

Kawasan ini amat sesuai untuk anda yang berkeluarga untuk menperolehi pengalaman lawatan sambil belajar yang amat sesuai untuk anak-anak anda.

 Kawasan ini juga turut menjadi tumpuan para pengantin baru untuk mengadakan WEDDING PHOTOSHOOT kerana kawasan dan pemandangan di kawasan ini sangat cantik.  Ladang ini dibuka dari puluk 8pagi hingga 5petang dengan tiket RM5 .



memberi susu botol kepada kambing
 

LIHAT HOTEL TERBAIK DI KUNDASANG,SABAH



2) TAMAN KINABALU ( KINABALU PARK)

 


 Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi adalah Taman Kinabalu ini. Disini merupakan salah satu pintu masuk untuk pendakian ke GUNUNG KINABALU. oleh itu, tidak semestinya anda ingin mendaki baru boleh ke sini.


Anda juga boleh menikmati kesejukan udara disini. Jika anda bernasib baik, bairpun waktu tengah hari, anda akan boleh menikmati kabus tebal di sekitar kawasan pintu masuk ini dan anda juga boleh melihat PUNCAK Gunung Kinabalu dari pintu masuk.


 

3) KINABALU WAR MEMORIAL



Lokasi ini merupakan lokasi yang bersejarah . Dimana lokasi ini  merupakan lokasi pengorbanan askar-askar British dan Australia yang mempertahankan kawasan ini daripada askar-askar JEPUN ketika perang dunia kedua pada tahun 1945.

Di lokasi ini, terdapat 4 tapak taman monumen yang bersejarah iaitu
- BRITISH GARDEN, AUSTRALIA GARDEN, BORNEO GARDEN & CONTEMPLATION GARDEN & POOL

Untuk pengetahuan anda, War  Memorial ini merupakan kawasan terbuka, oleh itu anda dinasihatkan untuk berkunjung pada waktu pagi dan petang sekitar 4.30 - 6petang kerana mengelakkan pancaran matahari yang terik. Untuk tiket kemasukan berharga RM2 kepada pemegang Mykad.
 

4) LADANG TEH SABAH




Untuk pengetahuan anda, dsini juga terdapat Ladang Teh yang sama seeprti di Cameron Highland. Maklum lah, kawasan yang sejuk dan dingin, amat sesuai untuk perladangan teh seperti ini. Kepada mereka yang berminat untuk merasai Teh Sabah.anda boleh berkunjung dikawasan ini.

Kawasan ini juga terdapat kawasan laluan hutan yang boleh diterokai iaitu JUNGLE TREKKING. 
iaitu Taman Rekreasi Sapaon dan anda mendaki ke Bukit Kamunsu. Dikawasan ini anda boleh menginap di tempat yang disediakan seperti RUMAH PANJANG atau BAGLO MEWAH.

Tetapi seandainya anda ingin merasai cabaran berkhemah atau ingin bercuti secara bajet, disini turut menyediakan kawasan perkhemahan untuk anda. Begitu juga fasiliti-fasiliti yang menarik dimana anda boleh dapati fasiliti seperti dewan seminar, court tennis, kafe, padang bola dan sebagainya.



5) TAGAL LUATI SUNGAI MUROLI (SPA IKAN DI SUNGAI MUROLI)




Di sini nda boleh menikamati SPA IKAN disungai Muroli ini, dimana ikan-ikan yang terdapt di sungai ini diajar oleh penduduk kampung ini untuk tujuan spa ikan.


Ikan - ikan disini tidak dibenarkan dipancing. Jika ingin menikmati SPA IKAN secara PERCUMA, boleh lah berkunjung disini.


LIHAT HOTEL YANG TERBAIK DI KUNDASANG, SABAH




6) KOLAM AIR PANAS PORING




canopy walk
Di kawasan ini, merupakan kawasan tadahan air panas semulajadi, diamana air yang diperolehi merupakan air yang datangnya dari aliran air gunung. Di sini terdapat banyak kolam air panas yang terbuka dan tertutup sesuai untuk yang memerlukan privasi. selain itu juga terdapat 'canopy walk' untuk anda lawati.

Untuk pengetahuan anda, kawasan ini sangat digemari oleh pengunjung. ini dapat dilihat apabila cuti sekolah dan cuti umum, ramai yang datang berkunjung dikawasan ini. Untuk yuran kemasukan di kawasan ini adalah RM3 untuk
                                                                                    dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 7tahun.




7) RANAU PARAGLIDING PARK




                       Anda suka Sukan PARAGLIDING?? klau anda berminat boleh ke kawasan  Lohan di Sabah, sekitar 2jam dari Kota Kinabalu. Ia terletak diantara kawasan Ranau dan Poring.Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang indah, anda disarankan untuk mencuba sukan ini untuk mendapatkan pemandangan yang sangat indah iaitu pemandangan di Taman Kinabalu dan Lembah Liwagu.


                         Anda tidak pandai tapi teringin nak melihat pemandangan ni. tidak mengapa, anda boleh menyertai tandem penerbangan dengan harga RM80 sehingga RM200 untuk satu kali gliding  ni. Jadi tiada tiada halangan untuk anda menikmati pemandangan yang cantik ini.



8) GERAI SAYUR DAN BUAH SEGAR DI PEKAN KUNDASANG DAN PEKAN NABALU



 Dikawasan Kundasang ini, terdapat deretan kedai- kedai buah dan sayur segar, juga seakan-akan sama dengan kawasan Cameron Highland. Disini anda bolehlah memperolehi buah-buahan dan sayuran segar seperti :-

- strawberrry
- langsat
- mempelam
- ciku
- bunga-bunga
- limau
- kerepek
- madu lebah
- sayur
- dan banyak lagi.

Dan tidak lupa juga satu lagi destinasi seperti ini di kawasan pekan iaitu Pekan Nabalu iaitu kawasan persinggahan untuk anda membeli barangan cenderahati untuk rakan-rakan dan keluarga anda.


9) MESILAU NATURE PARK


                    Kepada yang berminat untuk menghirup udara segar dan  mengasingkan diri dari hiruk pikuk bandar, anda bolehlah datang kesini. Kepada yang berminat SUKAN LASAK dan cabaran JUNGLE TRACKING, disini terdapat beberapa laluan yang menanti anda. terdapat laluan Nepenthens, Raja Trail dan Kogonom Trail. kawasana denai dan laluan hutan trail ini terdapat banyak flora dan fauna yang sangat mengkagumkan diantaranya, lebah-lebah, burung-burung dan pokok-pokok buah, bunga dan orkid yang segar dikawasan ini. oleh itu, kawasan ini sangat ideal untuk percutian yang menyejukkan, dingin dan mendamaikan.


10) STRAWBERRY PARK MESILAU

  


Satu lagi tempat yang menarik di sini adalah Strawberry park. Kalau anda ingin melihat pokok strawberry dan ingin menikmati strawberry..bolehlah datang ke sini.Tapi kalau anda nak datang kesini, pastikan dulu bila musim buahnya..takut-takut nanti datang x dapat nak merasa buah strawberry yang sedap tu..dapat masam ok lagi..kalau tak dapat rasa..sedih la..tapi tidak apa lah kan..asalkan anda datang. Strawberry park ni merupakan salah satu kawasan yang seakan-akan kawasan Cameron Highland.


11) RUMAH TERBALIK

 
RUMAH TERBALIK PAPAN TANDA

 

RUANGAN KAUNTER TIKET



Alang-alang anda berada diSABAH tu, bolehlah singgah di RUMAH TERBALIK di kawasan TAMPARULI. waktu beroperasi sekitar jam 7pagi dan tutup pada pukul 7malam.


harga tiket


 





DIINGATKAN bahawa bila anda masuk ke RUMAH TERBALIK ni, anda tidak dibenarkan mengambil gambar ye.hihihihii..













Kawasan rumah ni kecil je..x sampi 15minit dan boleh habis jalan. tapi apa yang perlu keasyikkan anda melihat apa yang ingin ditunjuukan.










Untuk makluman anda harga yuran kemasukkan ke RUMAH TERBALIK ni ada seperti berikut, RM10.60 termasuk GST untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.









12) HOTEL - HOTEL DISABAH


Terdapat banyak hotel-hotel yang menarik dan cantik-cantik yang boleh didapati di Sabah dengan suasana yang sejuk, dingin dan mendamaikan..Sekiranya anda tidak dapat mencari penginapan yang sesuai, sila ke link dibawah untuk mendapatkan penginapan yang bersesuaian untuk anda.

TENGOK PENGINAPAN TERBAIK DI KUNDASANG